Rasuah GLC Sabah: Ghazali tipu Qhazanah, Kerajaan Negeri lantik kroni Dato’ Amrul Pengarah CTTSB?

Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd, Ghazalie Ansing sebelum ini menafikan laporan FMB News menyatakan Pengerusi GLC Sabah diserbu SPRM dan lebih RM 80 Juta dibeku dalam akaun peribadinya.

Bagaimanapun dalam satu kenyataan media yang diedarkan dan ditarik balik pada 20 Oktober oleh Ghazalie Ansing telah membuat pengakuan bahawa memang benar pada 16 Oktober 2021 yang lalu, beliau telah dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan dan beliau telah memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan tersebut.

Ghazali turut membuat penafian menjual 45 peratus kepentingan dalam CTTSB namun tidak menafikan penjualan itu diberi kepada   syarikat dari Semenanjung Stealth Solutions Sdn Bhd milik Dato’ Amrul Hisyam Alias

“Saya menafikan tuduhan bahawa penjualan empat puluh lima peratus (45%) saham CTTSB telah dilakukan secara diam-diam. Saya nyatakan bahawa penjualan saham tersebut telah dibuat mengikut proses pemilihan dan prosedur yang betul dengan pengetahuan dan kelulusan dari ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan Ketua Menteri” katanya

Dato’ Amrul Hisyam Alias Pengarah Urusan Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd

Persoalan timbul benarkah kepentingan 45 peratus CTTSB tidak dijual kepada Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd?

Benarkah penjualan kepentingan itu melalui proses pemilihan dan prosedur dengan pengetahuan dan kelulusan dari ahli Lembaga Pengarah, Pemegang Saham dan Ketua Menteri?

Semakan menunjukkan Pengerusi CTTSB itu tidak pun mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah selaku pemilik anak syarikat kerajaan negeri itu menjual kepentingannya kepada Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd. Setakat hingga kini tiada kenyataan media daripada Qhazanah Sabah menjelaskan perkara ini bagi tidak menganggu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Kabinet Negeri Sabah juga dilaporkan tidak pernah meluluskan penjualan kepentingan dalam CTTSB dan ini bermakna Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hj Hajiji Mohd Noor juga tidak pernah meluluskan urusniaga itu. Keputusan yang besar ini perlu dibawa dalam kabinet negeri tetapi

Terdapat dakwaan Ghazali sebagai Pengerusi CTTSB menyalahgunakan kuasanya dan membuat penipuan kepada Ahli Lembaga Pengarah Qhazanah Sabah dan juga Ketua Menteri berhubung status penjualan kepentingan CTTSB kepada Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd.

Umum mengetahui CTTSB adalah pemilik dan pengendali menara bebas terbesar di Malaysia. Syarikat ini memiliki, mengendalikan dan menguruskan 257 menara telekomunikasi di Sabah berikutan pelantikannya untuk melaksanakan Projek TIME2 di Sabah sejak tahun 2005.

Oleh itu tidak mengejutkan jika ada 9 Ogos lalu Ghazalie Ansing Pengerusi Common Tower Technologies Sdn Bhd (CTTSB) bersama Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Safar Untong telah menandatangani perjanjian pemberian hak eksklusif membangun infrastruktur telekomunikasi di negeri Sabah. Di bawah perjanjian itu CTTSB milik Qhazanah akan menaiktaraf lebih daripada 2,000 menara telekomunikasi dan membangunkan sebanyak 400 yang baru di bawah Jalinan Digital Negara (JENDELA).

Namun yang mengejutkan pada 20 Ogos 2021 Dato’ Amrul Hisyam Alias, Pengarah Urusan Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd yang juga Subcon kepada CTTSB bagi projek JENDELA ini dilantik menjadi Pengarah dan pengurus kepada CTTSB.

Apakah kepentingan Dato’ Amrul Hisyam Alias dalam CTTSB jika tidak memiliki 45% kepentingan CTTSB atau ada perjanjian lain diluar mengikat Ghazalie Ansing, CTTSB dan Dato’ Amrul Hisyam Alias?

STEALTH SOLUTIONS SDN BHD

Persoalan besar siapa Dato’ Amrul Hisyam Alias ini sehingga beliau perlu menyertai lembaga pengarah di CTTSB? 9 Ogos CTTSB mendapat hak ekslusif membangun infrastruktur telekomunikasi di negeri Sabah dan pada 20 Ogos 2021 Dato’ Amrul Hisyam Alias Stealth Solutions Sdn Bhd dilantik sebagai Pengarah dan pengurus di CTTSB.

Menurut sumber syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd milik Dato’Amrul merupakan ‘Subcon’ projek ini. Bukankah ini conflict of interest terhadap projek JENDELA lebih RM3bilion itu?

Bagaimana Ghazalie Ansing melakukannya dengan cepat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Qhazanah dan Kerajaan Negeri? Ghazali mungkin melakukan penipuan dokumentasi sebagaimana dilakukan oleh Datuk Peter Anthony ketika syarikat Asli Jati Engineering menipu dokumen projek di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

SPRM bukan sahaja perlu menyiasat dakwaan dana RM80 juta dalam akaun peribadi tetapi wajar menyiasat salahlaku Ghazali Ansing menggunakan dokumen palsu melantik Dato’ Amrul Hisyam Alias, Pengarah Urusan Syarikat Stealth Solutions Sdn Bhd ke dalam CTTSB anak syarikat Qhazanah Sabah itu.

Menurut sumber SPRM akan melakukan kejutan tidak lama lagi berhubung kes Ghazali Ansing Pengerusi GLC Sabah itu.

Leave a comment